Monday 5 August 2013

Filled Under:

Lelaki Myanmar mati ditikam lebih 10 kali

POLIS forensik memeriksa mayat seorang lelaki Myanmar yang mati ditikam di pasar borong Kuala Lumpur kelmarin. 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dibunuh selepas ditikam lebih 10 kali di tepi kaki lima pasar borong Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut sumber, kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan pekerja di pasar borong berusia 20-an tersebut mati di tempat kejadian dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah.

Katanya, mangsa dipercayai diserang sekumpulan lelaki yang mengejarnya.

“Pemeriksaan awal menemui lebih 10 kesan tikaman di seluruh badannya iaitu lima di dada, dua di kepala, tiga di belakang badan dan beberapa kesan lain di tangan kiri serta kanan,” katanya ketika ditemui.




Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
.

 





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers