Saturday 3 August 2013

Filled Under:

Maho Beach Pantai Paling Ekstrem di Dunia


Maho Beach adalah pantai paling ekstrem di dunia. Bagaimana tidak? Pantai tersebut berada betul-betul di hujung landasan kapal terbang sehingga setiap hari ada ratusan kapal terbang yang akan mendarat melintasi tepat di atas kepala para pelancong yang sedang berjemur!

Maho Beach berada di kepulauan Caribbean  di pulau Saint Martin. Sebuah pulau unik yang setengahnya dimiliki oleh warga Perancis dan setengahnya lagi oleh Kerajaan Belanda. Maho Beach sendiri berada di wilayah milik Kerajaan Belanda yang pada tahun 2010 menjadi wilayah autonomi Kerajaan Belanda dengan nama Sint Maarten.

Sint Maarten yang letaknya berada di kepulauan Caribbean menjadi salah satu tujuan pelancongan bagi warga Eropah. Salah satu daya tarik popular di Sint Maarten adalah Maho Beach, iaitu sebuah pantai yang berada betul-betul  di hujung landasan kapal terbang. Kerana landasan kapal terbang yang pendek, kira-kira 2180 meter, pesawat yang akan mendarat harus melakukan manuver terbang rendah untuk mencapai landasan. Manuver inilah yang menjadi daya tarik tersendiri bagi para pelancong di Maho Beach.

















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers