Thursday 8 August 2013

Filled Under:

Unik ! Skuter RYNO Hanya Guna Satu Roda






SKUTER elektrik Ryno adalah sejenis kenderaan yang dilabelkan amat mustahil untuk terbalik.

Dipetik MailOnline, tunggangan satu roda itu berfungsi melalui kuasa bateri dan bergerak pada kelajuan sehingga 40 kilometer sejam.





 

Media tempatan melaporkan, Ryno direka secara khusus oleh Syarikat RYNO Motor berpangkalan di Portland bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan bayaran letak kereta yang mahal.

Ryno juga dilengkapi dengan teknologi imbangan iaitu ia secara automatik membaiki kedudukan jika pemandunya terlebih membelok ke kanan, kira, depan atau mengundur.

"Ryno hanya seberat 57 kilogram dan mampu menuruni kawasan bercerun sebanyak 30 peratus," kata jurucakap Ryno.



Skuter Ryno, menggunakan kuasa bateri dan mampu mencapai kelajuan sebanyak 40 kilometer sejam.

Idea menghasilkan skuter satu tayar ini dilaporkan dicetuskan oleh anak perempuan CEO firma, Chris Hoffman pada 2009.

"Beliau meminta bapanya menghasilkan sebuah skuter sebagai kenderaan ke sekolah selepas bermain permainan motosikal," katanya.

Ryno dijangka berada di pasaran pada pertengahan Ogos dan dijual pada harga tidak kurang £2,250 (RM10,788). sumber






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers