Sao Paulo: Seorang remaja berusia 13 tahun membunuh ibu bapa, nenek dan nenek saudaranya sebelum menembak mati dirinya.
Polis percaya Marcelo Pesseghini menembak mati semua mangsa di kepala
dengan pistol caliber.40 pada awal Isnin di rumah keluarganya Sao
Paulo, Brazil, sebelum ke sekolah bersama seorang rakan.Mayat bapanya, sarjan polis Luiz Pesseghini, 40, yang sudah berkhidmat selama 19 tahun ditemui di atas katil. Ibunya, anggota polis tentera yang sudah berkhidmat sejak 16 tahun lalu ditemui mati dalam keadaan melutut di bilik tidur.
“Segala bukti yang ada menunjukkan Marcelo Pesseghini membunuh ibu bapanya, yang kedua-duanya anggota polis serta anggota keluarganya yang lain,” kata Itagiba Franco dari Jabatan Jenayah Sao Paulo.
Polis percaya Pesseghini melakukan pembunuhan itu sebelum ke sekolah pada Isnin lalu dan kemudian membunuh dirinya selepas kembali dari sekolah.
MARCELO bersama ibu bapanya. |
“Dia sering memberitahu saya dia mahu menjadi pembunuh upahan. Dia mempunyai rancangan membunuh ibu bapanya malam itu dan melarikan diri dengan kereta bapanya, ” kata polis memetik kenyataan seorang rakan suspek.
Remaja itu mati dengan kesan tembakan di kepala sementara pistol milik bapanya ditemui berhampiran. Sepucuk lagi pistol di temui dalam beg galas yang dibawanya ke sekolah Isnin lalu. “Tidak ada tanda-tanda menunjukkan rumah itu dipecah masuk,” kata Itagiba.
psycho lah
ReplyDelete