Wednesday 4 September 2013

Filled Under:

Berita Baik ! RON 92 Mungkin Kembali Dijual

KERAJAAN mungkin memperkenal kembali petrol RON92 bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




4 comments:

  1. macam-macam...minyak murah tak der kualiti nak dijual pada rakyat marhaein macam kita......

    ReplyDelete
  2. ron92 komposit minyak dalam tu teruk, jadi lebih cepat la kereta kena top overhaul, okey, bagi saya, kerajaan telah menyediakan satu lagi alternatif kepada pengguna.

    saya rasa harga anggaran apabila diperkenalkan = (+/-)RM2.05 sebab takkan mahal dari Ron95 dan murah dari diesel.

    Harga Barang Semasa drp kesan kenaikan minyak ::: tetap akan berlaku sebab barang diangkut menggunakan penggangkutan menggunakan diesel.

    my 2 sen

    ReplyDelete
  3. fungsinya untuk apa

    ReplyDelete
  4. waduhh aku gak gerti nich gan

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers