Monday, 16 September 2013
Filled Under:
Dunia Tidak Masuk Akal
Info ! 5 Bandar Terindah di Amerika Syarikat Bakal Tenggelam
Posted By:
zamri spoon
on 02:41
Akibat semakin meningkatnya pemanasan global saat ini sehingga membuat beberapa ais di kutub mencair. Bukan tidak mungkin jika permukaan air di laut menjadi naik sehingga kesannya bandar- bandar atau kawasan yang rendah pastinya akan tergenang air dan mungkin saja boleh tenggelam di kemudian hari.
Nah seperti bandar-bandar di Amerika Syarikat berikut ini yang diramalkan akan hilang dari peta dunia akibat tenggelam oleh air laut , maHu tahu bandar apa sajakah itu , ayuh segera semak yang berikut ini.
1 . Bandar New York, Negeri Manhattan
Bukan tidak mungkin jika Bandar New York, di Negeri Manhattan , Amerika Syarikat ini menjadi senarai bandar bakal hilang secara mengejutkan.
Bandar New York
Sebenarnya ramalan para ahli saintis ini berdasarkan badai Sandy pernah melanda ke kota itu dan menyebabkan kerosakan teruk. Menurut data Jun tahun ini air laut meninggi sekitar 20,32 sentimeter dalam sepuluh tahun belakangan. Ini boleh mengakibatkan tanah Lapangan Terbang La Guardia ambles hingga beberapa meter , begitu juga dengan beberapa tempat di Manhattan.
2. Bandar Miami, Negeri Florida
Bandar ini diramalkan juga akan tenggelam , kerana Bandar Miami ini mempunyai permukaan yang lebih rendah dari permukaan laut.
Bandar Miami
Bahkan kerajaan Amerika Syarikat setiap tahun harus menghabiskan dana sekitar beberapa trilion demi menambah jumlah pasir baru sebab semakin hari pasir lama semakin tenggelam.
3. Bandar Los Angeles , Negara Bahagian California
Berikutnya iaitu Bandar Los Angeles, Negeri California, Amerika Syarikat , juga diramalkan bakal hilang dari peta dunia lantaran dikelilingi dengan lautan dan pantai - pantai cantik pusat pelancongan di Negara Adidaya itu .
Bandar Los Angeles
Secara perubahan iklim Los Angeles tidak terlalu berpengaruh banyak, namun banyak penduduk sejagat bertandang ke bandar ini dan pasti banyak perubahan soal gaya hidup yang boleh membuat pantai menjadi rosak.
4. Bandar Boston , Negeri Massachusetts
Bandar ini juga merupakan bandar selanjutnya di Amerika Syarikat yang akan tenggelam akibat pemanasan global.
Bandar Boston
Para ahli saintis bahkan mengatakan jika saja badai Sandy yang menerjah Amerika juga menyerang Bandar Boston maka sekurang-kurangnya 6.6 peratus bahagian bandar mengalami banjir teruk hingga ke pusat bandar.
5. Bandar New Orleans, Negeri Louisiana
Bandar ini juga merupakan bandar yang paling pertama yang akan tenggelam di Amerika Syarikat.
Bandar New Orleans
Kerana Bandar New Orleans ini merupakan bandar yang menjadi pusat badai yang sering menyerang Amerika . Bahkan para ahli saintis mengingatkan penduduk di bandar ini untuk segera pindah jika ada cuaca buruk.
Jadi itulah beberapa bandar di Amerika Syarikat yang akan tenggelam akibat perubahan iklim dunia .
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semua main cities pulak tu
ReplyDelete