Tuesday, 24 September 2013
Filled Under:
Dunia Pelik
Menarik ! 4 Pantai Aneh Dengan Pasirnya Yang Unik.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Pantai unik pasirnya juga unik, berbeza dengan pantai lain , makanya disebut pantai unik dengan pasir pantainya berbeza dari pantai biasanya . Siapa tahu pasir pantai dengan warna dan tekstur yang sedikit berbeza ini malah akan membawa kesegaran dan keajaiban dalam bercuti .
Dari mana kiranya warna -warna manis yang membalut pasir ini berasal . Tentu saja bukan dari pewarna makanan, melainkan dari mineral padat serta pelbagai bahan bumi yang hancur berkat pertautan antara gempuran ombak yang bertambatan dengan permukaan bumi hingga akhirnya menggerusnya menjadi butiran kecil.
Pantai pasir hijau di Papakolea , Hawaii
Pantai Papakolea yang kaya akan mineral olivin (salah satu unsur utama yang dihasilkan oleh endapan lava gunung berapi di Hawaii ) mempunyai sebuah lekukan yang nyaris seperti kon silinder dengan pasir berwarna hijau tua yang surealis, terhampar bagai sebuah padang rumput. Pantai ini boleh anda dapati di sebelah selatan Big Island , dilindungi oleh sebuah bukit yang tinggi.
Pfeiffer Beach di kawasan Big Sur, California, yang berpasir ungu muda
Di malam hari, ketika sinar bulan memantul perlahan- lahan, maka zarah mangan yang mewarnai pasir hingga terlihat ungu akan nampak bercahaya, dan pantulannya di permukaan air kelihatan seperti aurora . Terbentang dari sebelah selatan pantai hingga membentang ke utara , warna pasir secara beransur-ansur akan nampak makin pekat. Di siang hari , warnanya juga masih nampak mempesona.
Pantai berpasir merah muda di Harbour Island , Bahamas
Pasir di kawasan Harbour Island diperbuat daripada formula alam yang terdiri dari sedikit serpihan batu karang , cengkerang kerang , serta kalsium karbonat dari invertebrata laut yang berukuran sangat kecil, serta tambahan bahan rahsia berupa kandungan Foraminifera , amoeba mikroskopik yang mempunyai cangkang tubuh berwarna merah atau merah jambu cerah. Dengan kesabaran yang hanya dimiliki oleh alam , proses jutaan tahun menghasilkan butiran pasir pantai yang nampak indah , merona merah muda.
Pantai berpasir kaca di Fort Bragg, California
Lokasi yang suatu ketika pernah menjadi tempat pembuangan sampah ini kini telah menjelma menjadi salah satu pantai buatan manusia yang paling menakjubkan di dunia. Proses pasang surut pantai yang telah berjalan selama beberapa dekad telah melicinkan pecahan -pecahan kaca hingga menjadi butiran kristal bergerigi yang selesa di kaki. Hamparan batu kaca yang bersekongkol dengan butiran pasir Fort Bragg adalah salah satu destinasi pelancongan yang harus anda lawati diantara semua menyilaukan Bandar California.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menakjubkan!
ReplyDeleteindah sekali
ReplyDelete