Tuesday 17 September 2013

Filled Under:

Misteri Keranda Tergantung di Tebing Bukit di China


 

Seperti yang kita ketahui bahawa setiap budaya dan agama punya cara menguburkan manusia dengan ritual berbeza. Jadi meskipun demikian , tetap saja tujuannya sama, agar arwah yang meninggal boleh tenang dan semakin dekat dengan Tuhan. Salah satu contoh budaya tersebut adalah meletakkan keranda di tebing.

 

Percaya tidak, ternyata usia makam ini sudah lebih daripada 3,000 tahun . Terletak di sebuah tebing Gongxian , Wilayah Sichuan , China . Seperti disiarkan oleh Dailymail , banyaknya keranda yang digantung di tebing ini membingungkan masyarakat China selama berabad- abad. Makam ini sudah lama ditinggalkan orang -orang Bo yang musnah 400 tahun lalu.



 

Keranda yang terbiar ini menunjukkan bagaimana ritual masyarakat China Selatan di masa lalu.
" Beberapa makam berusia 3,000 tahun dan yang terbaru kira-kira 1,500 tahun . Tidak ada  sesiapa yang tahu mengapa mereka memakamkan seseorang dengan cara seperti ini, " ujar penduduk tempatan.


" Penjelasan paling wajar adalah agar mereka yang meninggal mudah dijengguk  oleh para Dewa ," tambahnya.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa keranda  ini sengaja digantung tinggi agar tidak dimakan haiwan dan dapat diberkati lebih lama .



 
Makam bersejarah terus diubahsuai

Sebagai laman sejarah, makam tertua ini mendapat perhatian. Selama dua bulan terakhir, makam tergantung di tebing Gongxian mendapat rawatan . Lebih daripada 40 keranda yang sudah sangat lapuk diperbaiki.

" Pekerjaan ini sangat sukar untuk mengembalikan keranda dalam keadaan yang baik. Selama sepuluh tahun terakhir, sekurang-kurangnya ada 20 keranda jatuh dan seboleh mungkin kami cegah , "ujar  penduduk tempatan.
Sebenarnya usaha ini bukan tanpa maksud , mempelajari sejarah masa lalu adalah bahagian penghormatan pada perkembangan budaya manusia.


 .




1 comments:

  1. dlu cara buatnya di atas gmn yaa, g' kebayang susahnya...
    :)

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers