Monday 9 September 2013

Filled Under:

Unik ! Kuil di Jepun Tawar Khimat Tolak Bala Pada Alatan Elektronik

 
Banyak orang mengatkan "teknologi itu boleh membawa manfaat tetapi juga boleh mendatangkan malapetaka", mungkin kerana anggapan itu sebuah kuil di Jepun memberikan perkhidmatan untuk "memberkati" alat yang baru saja dibeli.


 Kuil Kanda-Myojin di Tokyo memberikan perkhidmatan "mendoakan"  @ tepung tawar alat, terutama untuk komputer dan notebook agar terhindar dari segala macam masalah seperti virus, hardisk rosak mahupun "Blue Screen". Untuk melakukan ritual itu, peserta diwajibkan untuk membawa alat ke kuil tersebut. 

Setelah selesai "diberkati", sebuah plakat (berfungsi sebagai jimat) akan diberikan untuk diletakkan di rumah sehingga si komputer atau notebook tidak akan "kerasukan". Secara kebetulan kuil tersebut terletak sangat berdekatan dengan daerah Akihabara yang terkenal dengan pusat elektronik di Jepun.

 Ada 3 jimat berbeza, mantera seukuran kad kredit untuk diletakkan di dompet, berukuran sedang untuk di tampal di komputer dan yang paling kecil untuk diletakkan di telefon bimbit. Untuk memanterai itu dikenakan bayaran ¥ 800. Alat anda sering bermasalah?, Mungkin anda memang tidak pandai merawat gagdet.










2 comments:

  1. hehehe ada juga ye perkhidmatan camne..

    ReplyDelete
  2. nak argue pun tak boleh, kepercayaan memasing kan.. tak lama lagi ada apps halau bala agaknya haha

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers