Tuesday 29 October 2013

Filled Under:

Menarik ! Rumah Pelik Dibina Ditingkat 7 Dihujung Banggunan


Reka bentuk rumah unik ini merupakan karya seniman Do Ho Suh . Lelaki berasal dari Korea ini sebelumnya telah dikenal dengan reka bentuk rumahnya yang eksentrik. Bentuk dari rumah unik ini memang seperti rumah kebanyakan masyarakat di Rhode Island , Texas , Amerika Syarikat.


Namun yang membezakan adalah lokasinya yang berada di tingkat tujuh ,  kedudukannya tepatnya di hujung beranda bangunan Universiti California, San Diego. Rumah dengan warna luaran biru langit itu telah menarik banyak perhatian dan membuat pemandangan disekitarnya nampak aneh.

Rumah yang merupakan replika rumah tradisional Rhode Island ini diberi nama Falling Star . Katanya , rumah itu adalah cerminan keadaan jiwanya saat pertama kali hijrah ke Negeri Uncle Sam pada 1991 lalu , untuk bersekolah di Sekolah Design Rhode Island.


 Disiarkan dari designboom , inspirasi untuk membuat karya rumahrumah pelik  ini datang ketika ia harus melakukan adaptasi besar - besaran atas persekitaran barunya. Dan terkadang membuatnya seperti orangkurang siuman , kerana rumah yang hampir jatuh dari tepi bangunan itu .

Dari luar, rumah itu sesekali nampak mengeluarkan asap yang berasal dari cerobong asap. Kebun bunga di halaman pun tumbuh subur. Jika malam tiba , lampu -lampu pun akan menyala. Jika menilik interiornya , anda juga akan mencari sebuah televisyen lengkap dengan remote control -nya, beberapa sofa, serta kerusi malas .

Dalam pengerjaannya , karya seni Suh ini memerlukan masa selama tujuh tahun. Sedangkan untuk pembiayaan disokong oleh donator peribadi di The Stuart Collection dan sekurang -kurangnya $ 90,000 US dari The National Endowment for the Arts.













0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers