Tuesday 1 October 2013

Filled Under:

Ngeri ! 3 Maut Makan Ayam Masak Merah Lauk Kenduri Kahwin

RUMAH yang berlangsung majlis perkahwinan antara Haslina dan Mohd. Fauzan di Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu.


SUNGAI PETANI - Kegembiraan kira-kira 2,000 tetamu menghadiri satu majlis kenduri kahwin bertukar tragedi apabila tiga daripadanya maut manakala lebih 60 lagi terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas disyaki menjamah juadah ayam masak merah.

Kejadian di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu itu mengorbankan nelayan, Ibrahim Mohamad, 62, penuntut Universiti Islam Antarabangsa, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir, Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11.

Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Nurshazana maut di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd. Nor Rahmat pula di Hospital Yan di sini pada pukul 1 petang.

Setakat malam tadi, 59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dekat sini dan HSAH.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.






2 comments:

  1. Hari Khamis hari tu.. baru je lalu kat depan rumah ni.. kiranya 2 hari sebelum berlangsung kenduri tu.. Saya dan family pergi makan ikan bakar dekat Tanjung Dawai..

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:00 pm

    tak perlula publish nama dan rumah pengantin kot yer pun...klu brlaku kat majlis kluarga sndiri apa rasanya

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers