Wednesday 2 October 2013

Filled Under:

Ngeri ! Mayat Mangsa Kemalangan Dibaham Buaya..

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat sebahagian mayat Mohd. Munir yang dibaham buaya selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Kupang, Saratok, Sarawak semalam.

SARATOK – Mayat seorang lelaki mangsa kemalangan ditemui dalam keadaan mengerikan apabila separuh badannya hilang dari pinggang ke atas disyaki dibaham buaya selepas tiga hari berada di dalam sungai di Kampung Kupang dekat sini semalam.

Sebelum itu, Mohd. Munir Yusuf, 24, dikhuatiri lemas selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berdekatan Pangkalan Feri Kaba, Ahad lalu. Jarak tempat kemalangan dengan lokasi mayatnya ditemui kira-kira 20 kilometer.

Sumber berkata, mayat mangsa ditemui pada pukul 7.15 pagi oleh seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan ke kebunnya sebelum dia menghubungi polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.






1 comments:

  1. Anonymous1:30 am

    Ni orang pendang yg bekerja di sarawak.. arwah meninggal sbb lemas.. xde kaitan kena baham buaya.. jgn aibkan arwah..

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers