Saturday 16 November 2013

Filled Under:

Foto Ngeri ! Muka Warga Nigeria Dimakan Penyakit NOMA


Noma, penyakit yang teruk yang memberi kesan kepada muka dan ia senyap merebak di Nigeria. Kajian yang dijalankan dua tahun lepas telah mendedahkan bahawa kira-kira 126,000 Nigeria mati daripada penyakit Noma setiap tahun.





definisi
Penyakit jangkitan ( cancrum oris ) yang merosakkan rangkaian orofasial ( mulut ) serta struktur sekitarnya dengan penyebabnya kuman Fusobacterium necrophorum pada kanak -kanak dengan gangguan imuniti (kekebalan tubuh) .

epidemiologi
Angka kejadian di Afrika adalah kira - kira 2-4 kes setiap 10,000 kanak-kanak, di Senegal 2,8-8,4 kes setiap 10,000 kanak-kanak berusia 1-5 tahun , di Nigeria 7-14 kes setiap 10,000 kanak-kanak berusia 0-6 tahun .

gejala Klinikal
Pesakit datang dengan adanya defek pada bibir , tepi mulut , hidung , pipi , dan kadang kelopak mata bahagian bawah, yang didahului dengan riwayat luka yang menghitam . Kerosakan otot pengunyah juga boleh menyebabkan trismus . Pesakit yang datang pada keadaan yang lebih awal boleh didapati gingivitis akut ( radang gusi ) , nekrosis mukosa , dan ulser mukosa mulut yang luas.

Noma merupakan penyakit yg berasal dari mulut. umumnya menyerang kanak-kanak berusia 2-6 tahun.Beberapa faktor yg membantu timbulnya penyakit ini antara lain: kurang menjaga kebersihan, terutama mulut. Malnutrisi yg menyebabkan daya tahan tubuh lemah serta penyakit seperti malaria dan hiv Aids yg turut mempercepatkan penurunan daya tahan tubuh.

penyakit noma ketika ini:
menyerang 100000 kanak-kanak pertahun
menjadi endemi di afrika, asia dan amerika selatan, namun yg terbanyak di afrika
tanpa rawatan , 70-90 % kes noma boleh berakbat fatal
sama seperti lepra , pesakit noma mengalami penolakan.
















2 comments:

  1. Alahai...kesiannya...sedih pulak tgk..

    ReplyDelete
  2. Cuba cari "Flesh eating bacteria"..
    Cuba cari apa relation dengan illuminati, freemason..

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers