Friday 15 November 2013

Filled Under:

Menakjubkan ! Keindahan Taman Dibawah Air di Austria

 Grüner See , atau yang dikenal dengan Green Lake kerana warna airnya yang hijau, adalah sebuah tasik di Styria, Austria. Terletak tidak jauh dari Kota Tragoss yang berada di kaki gunung Hochschwab yang tertutup salju. Tasik ini mempunyai keunikan kerana fungsinya akan berbeza ketika musim berganti. Tempat ini menjadi kegemaran bagi para penyelam saat musim panas dan juga menjadi taman kegemaran para pejalan kaki musim sejuk.

Ketika musim sejuk , kedalaman tasik hanya sekira 1-2 meter. Sementara itu, daerah di sekitarnya merupakan taman indah yang menjadi kegemaran para pejalan kaki . Namun , ketika musim panas sudah bermula dan suhu udara meningkat, maka salji di puncak Gunung Hochschwab mencair. Salji yang meleleh itupun mengalir ke lembangan tanah di bawahnya. Hal tersebut membuat taman yang biasanya dinikmati pejalan kaki tertutupi oleh air dan kedalaman tasik berubah hingga 12 meter.

Saat kedalamannya mencapai 12 meter, tasik ini kelihatan sangat indah. Warna air hijau yang berasal dari rumput dan dedaunan yang berada di dasar tasik ini . Suhu udara yang rendah hanya berkisar pada 4 hingga 8 darjah Celsius , membuat air pun menjadi sejuk. Walaupun begitu, para penyelam sangat menikmati kegiatan menyelam di saat -saat seperti ini.

Pemandangan yang didapatkan penyelam pun tidak seperti biasanya. Mereka dapat melihat padang rumput hijau di dasar tasik . Rumput alpine dan bunga -bunga nampak mekar di bawah air. Bahkan , mereka boleh mencari kerusi taman , jambatan, dan lorong pejalan kaki yang biasa digunakan para pejalan kaki .
















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers