Sunday 24 November 2013

Filled Under:

Menakjubkan ! Pokok Eucalyptus Mempunyai Zarah-2 Emas Pada Daun Dan Dahannya


Sebuah laporan yang disiarkan dalam jurnal Nature Communications , mendedahkan bahawa penyelidik telah berjaya menemui zarah emas yang terkandung dalam daun dan cabang di sebuah pokok Eucalyptus , pohon yang tumbuh di Kalgoorlie , Australia Barat . 

Menurut penyelidik , emas tersebut diserap dari dalam tanah bersama air untuk dijadikan nutrisi oleh pohon . Pokok Eucalyptus mempunyai akar yang panjang hingga puluhan meter di bawah tanah 

Pokok ini memanfaatkan pam hidrolik untuk mengangkat air yang mengandungi emas , " ujar ahli geokimia , Dr mel Lintern , seperti yang dipetik dari Science News  . Zarah emas yang tersimpan dalam pokok tersebut mempunyai saiz sangat kecil , iaitu garis pusat kira-kira lima kali lebih kecil daripada rambut manusia rata - rata .

 Dengan penemuan ini , penyelidik merancang membangunkan idea baru , iaitu memanfaatkan pokok Eucalyptus untuk mengikat emas . Jika perkara ini boleh dilakukan mungkin akan lebih menjimatkan perlombongan emas dan yang lebih penting lagi proses perlombongan emas menjadi mesra alam dan tidak merosakkan ekosistem .





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers