Sunday, 24 November 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Menarik ! Kereta Menggunakan Tenaga Angin Ciptaan Seorang Petani Dari China
Posted By:
zamri spoon
on 21:00
Pengilang-pengilang kereta besar di dunia saat ini bersaing secara hebat untuk memperoleh predikat pengeluar kereta paling mesra alam, akan tetapi mereka hanya mampu mereka cipta prestasi enjin dari enjin petrol, diesel, hybrid atau elektrik.
Seorang petani 55 tahun dari China telah datang dengan penemuan baru yang unik dan inovatif yang mungkin akan membuatnya menjadi orang terkaya. Penemuan Tang Zhengping adalah benar-benar sesuatu yang lain.
Kereta yang dibangunnya dalam masa tiga bulan dengan saiz tinggi 1m, panjang 3m dan disokong mesin bertenaga angin.
Tetapi bahagian terbaik dari kereta tenaga angin karya Tang Zhengping adalah kereta ini mempunyai potensi untuk mencapai kelajuan 140 km / jam. Ini sungguh luar biasa untuk menjadi kenyataan untuk kenderaan bertenaga angin.
Menurut Mr.Zhengping, kenderaan yang dibuatnya berjalan dengan generator elektrik dan bateri yang diisi semula oleh kipas besar berputar di depan kenderaan. Kedua sayap tenaga matahari yang berada di belakang kereta juga menyokong generasi elektrik pada bateri.
Bateri kereta ini perlu diisi setiap dua hari sekali. Kipas dan sayap menyediakan kuasa tambahan ketika kereta bergerak sehingga dapat berjalan dengan kelajuan maksimum 140km/jam dan dapat berjalan lebih jauh daripada kereta elektrik yang sekarang ada di pasaran kereta, ungkap Mr.Zhengping.
Mr.Zhengping mencintai alat elektronik semenjak dia masih kecil, dan dia mempunyai idea untuk membuat kereta ini semenjak 30 tahun yang lalu. Mr.Zhengping percaya bahawa penemuan akan membuat dirinya menjadi jutawan, namun saat ini ia belum mencari pembeli untuk teknologinya. Dia telah membuat kereta impiannya hanya dalam masa tiga bulan dan menghabiskan kos hanya $ 1,600
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bohonglah ley capai 140km/jam ......... gempak je lebih orang tua ni
ReplyDelete