Wednesday, 27 November 2013

Filled Under:

Menarik ! Wallet Wanita Berwarna-warni Diperbuat Dari Katak Beracun


Dalam dunia dongeng , anda boleh mencium katak dan mengubahnya menjadi Putera Tampan . Namun di dunia nyata , katak yang tidak beruntung berubah menjadi tas , dompet dan tali pinggang . 


Itulah yang dilakukan oleh seorang pereka Poland , ia mengubah ribuan katak menjadi aksesori fesyen yang sangat diminati , dengan warna - warni yang cerah . Katak yang digunakan adalah jenis katak codok yang sangat beracun , tinggal di South Sea Islands di Australia . 

Mereka dianggap sebagai spesies invasif , yang mengancam biodiversiti asli benua . Diperkenalkan ke Australia dari Hawaii pada tahun 1935 , tujuan utama mereka adalah untuk mengawal kumbang lembu . Misi gagal dan katak mula berkembang biak pada tahap yang membimbangkan , sekarang ada lebih dari 200 juta katak dari jenis itu . Ribuan Tentera Australia dikerahkan untuk menyingkirkan mereka .

 Dengan bantuan seorang ahli kulit binatang Australia dari Cairns , Monika mengembangkan katak yang tidak diingini itu menjadi aksesori fesyen bernilai tinggi . Tiga tahun kemudian ia melancarkan jenama ' Kobja ' , dengan pelbagai aksesori seperti tali pinggang , beg dan dompet yang diperbuat daripada kulit katak .

 Kini , fashion dari kulit katak mendapat sambutanuntuk dijual di kedai - kedai mewah atau kedai konsep di Asia , Eropah dan Amerika Syarikat . Dompet katak itu kemudian dijual dengan harga antara $ 300 dan $ 350 , dan beg besar yang boleh mencapai $ 1600 .










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers