Friday, 22 November 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri Basikal Kuno Tertanam Dalam Batang Pokok Setelah 58 Tahun Hilang
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Setelah hilang selama setengah abad , basikal kuno milik seorang nenek berhasil ditemukan . Yang menarik, basikal ini ditemui dalam keadaan tertanam di badan sebuah pokok besar.
Basikal itu milik Helen Puz ( 99). Baru- baru ini Helen mendapatkan maklumat bahawa basikalnya itu telah ditemukan di sebuah hutan di Vashon Island Washington .
Ketika diperiksa terus ke lokasi , Helen bersama anaknya bernama Don terperanjat . Basikal itu dalam kedudukan tegak di badan pokok berukuran besar. Anehnya , tak ada tanda -tanda kesengajaan tangan manusia menancapkan basikal tersebut .
Roda depan basikal itu berada di bahagian luar badan pokok , begitu juga dengan bahagian hujung roda belakang. Namun bahagian besi yang ada di tengah basikal , ' ditelan ' pokok itu dalam keadaan sedemikian rupa. Basikal itu berada setinggi lima kaki
Basikal itu diberi oleh salah seorang jiran Helen pada tahun 1954 , tak lama setelah dia menjanda. Hadiah itu diberikan untuk Don yang saat itu berusia lapan tahun .
"Orang- orang menaruh simpati dan sangat baik hati ," kata Helen mengenai pemberian basikal kuno itu 58 tahun silam .
Namun kerana basikal itu memang basikal dengan rangka besi untuk perempuan , Don menolak untuk memakainya. Tak beberapa lama basikal itu hilang itu entah ke mana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment