Saturday 16 November 2013

Filled Under:

VIDEO: Perompak "Kantoi"Oleh Sistem Keselamatan



RAKAMAN video ini menyaksikan sekumpulan empat perompak bersenjata yang memecah masuk ke dalam sebuah kedai emas, Gold Shop di Bradford.

Namun, apa yang mereka tidak tahu, sistem keselamatan automatik akan melengahkan usaha mereka untuk keluar dengan segera dari kedai itu.

Sebaik sahaja perompak itu masuk ke dalam kedai, kesemua pekerja sudah melarikan diri ke bilik belakang dan menguncinya demi keselamatan mereka.

Kumpulan perompak ini dilihat bertindak ganas memecahkan tempat simpanan kaca dan mengambil barang kemas yang berjumlah hampir RM514,288.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, pintu kedai tersebut terkunci secara automatik dan pintu besi juga diturunkan tanpa disedari oleh mereka.

Akibatnya, mereka mengalami kesukaran sewaktu mahu keluar dari kedai dan terpaksa memecahkan pintu tersebut sebelum berjaya meloloskan diri melalui ruang pintu besi yang sedikit terangkat.

Apapun, jangan risau kerana kesemua mereka telah berjaya ditahan dan dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga 14 tahun mengikut kesalahan masing-masing.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers