Monday, 23 December 2013

Filled Under:

Gadis Ini Menangis dan Berpeluh Bercampur Dengan Darah-VIDEO

Menderita penyakit yang pelik  membuat Delfina Cedeno mengalami kehidupan yang sukar . Penyakit pelik yang dialami ia menangis dan berpeluh darah . Tidak hanya sakit , kelainan itu juga membuatnya tertekan kerana tidak boleh bergaul dengan normal .

 Keadaan mengeluarkan darah itu dialami Delfina sejak 4 tahun lalu tanpa sebab . Tiba - tiba ia mengeluarkan darah dari kuku , pusat , kulit , hidung dan air matanya serta rambut gugur . Dalam keadaan paling parah , ia pernah mengeluarkan darah selama 15 hari hingga tubuhnya kritikal dan memerlukan pemindahan .

 Gadis berusia 19 tahun ini pun kemurungan kerana keadaannya ini hingga cuba untuk bunuh diri tetapi gagal . Para doktor juga masih bingung dan baru percaya ketika ia menangis darah di hadapan mereka . " Semua orang takut jika disentuh maka aku akan berdarah dan menodai mereka , " ucap Delfina .

 Kini doktor mencari punca dari keadaan Delfina tersebut yang diduga akibat sindrom sangat jarang bernama hematidrosis . Hal itu menandakan bahawa seseorang memiliki level adrenaline 20 kali ganda lebih tinggi daripada normal . Saat stres sedikit saja boleh mencetuskan tekanan pada saluran darah di sekitar kelenjar peluh sehingga naik ke kulit keluar sebagai peluh bercampur darah .




Namun  Delfina diberi terapi untuk mengatasi tekanan untuk mengurangkan pendarahan . Untunglah keadaannya bertambah baik selepas bertemu dengan Recaris , kekasih hati  yang kini menjadi tunangnya . " Aku masih berdarah namun untung ada Recaris , ia membuatku merasa tenang kerana akan selalu melindungiku , " tutur gadis yang tinggal di Veron , Republik Dominican  .



Jom saksikan video menarik ini:






1 comments:

  1. rupanya memang ada menangis air mata darah ;)

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers