Berniat untuk merawat alergi yang dialami , ubat itu malah membuat Rosemary Jacobs merana . Kulitnya kini bertukar kepada warna perak selepas menggunakan ubat titis hidung mengandungi metal .
Rosemary telah hidup dengan keadaan kulit terpapar bahan kimia mengandung metal ( argyria ) selama 60 tahun . Kulitnya berubah jadi silver ketika mula mengambil ubat titis hidung mengandung colloidal silver ( CS ) di usia 11 tahun .
Kini usianya sudah 71 tahun dan keadaan itu telah menyukarkan kehidupnya selama ini . Lalu empat tahun kemudian kandungan perak itu sudah merebak jauh ke dalam kulit Rosemary . Sejak itu kulitnya menjadi berwarna kelabu perak dan tidak boleh diubah seperti sedia kala kerana terlanjur beredar di dalam tubuh . " Ketika usiaku 11 tahun ibu saya pergi ke pakar kerana aku flu , " tutur Rosemary . " Doktor mengatakan padaku bahawa aku alergi dan memberi ubat titis hidung yang mengandungi perak .
Aku disyorkan memakainya hanya jika diperlukan . Tapi aku memakainya bila - bila masa hidung tak selesa . " " Perubahan warna kulit saya sangat pelahan sehingga tak terlihat jelas . Keluarga dan temanku tak memperhatikannya kerana mereka melihat aku setiap hari , " tambahnya . " Aku juga tidak sedar hingga akhirnya terlambat sudah . " Dengan kulit biru keperakan membuat Rosemary mendapat tatapan aneh dari orang di sekitarnya .
" Orang - orang menunjuk dan merenung , menyuruhku menghapuskan solek Halloween dan menyebutku zombie . Sering aku disoal berasa dari mana dan bahasa apa yang kugunakan , " kata pesara guru sekolah ini .
Akhirnya Rosemary melakukan pembedahan lapisan pertama kulit wajahnya pada usia 36 . Usahanya cukup berjaya namun malah meninggalkan bekas kemerahan agak keperakan . " Saya rasa hasilnya tidak lebih baik daripada sebelumnya , " keluh Rosemary .
Friday, 20 December 2013
Filled Under:
Dunia Tidak Masuk Akal
Kulit Wanita Ini Berubah Menjadi Warna Silver Guna Ubat Titis Hidung.
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment