Saturday, 14 December 2013

Filled Under:

Ngeri- Bas Terbang Tembus Kedai

Separuh bas yang menembusi dinding sebuah kedai di Jalan Pudu.


Bas yang dipandu sangat laju sejak mula - mula saya naik . Terasa melayang - layang macam mahu terbang . "

Adu seorang penumpang sebuah bas Rapid yang terbabas sebelum menghentam dan menembusi bangunan kedai menjual pam air dan alat - alat jentera di Jalan Pudu , lewat petang hari ini .

Separuh daripada bas berkenaan berada di bahagian dalam bangunan kedai itu mengakibatkan bahagian hadapan bas remuk .

Misari Nisar , 24 , berkata , ketika kejadian , dia berada di tempat duduk bahagian belakang bas .

Katanya , kejadian berlaku terlalu pantas , namun apa yang dia ingat , bas bergerak terlalu laju .

" Ada penumpang yang menjerit supaya bas diperlahankan tapi masa itu bas sudah ' terbang ' ke seberang jalan . Saya terhantuk ke hadapan dan terjelepok di bawah tempat duduk hadapan , kemudian pengsan .

" Barangan peribadi saya termasuk beg , dompet dan telefon bimbit hilang sebaik saya sedar , " katanya kepada Sinar Harian .

Difahamkan dalam kejadian kira - kira jam 6.50 petang itu , seramai kira - kira 20 penumpang berada dalam bas berkenaan .

Bas berkenaan datang dari Jalan Imbi ke Jalan Pudu menuju ke arah Jalan Cheras terbabas di laluan bertentangan dan menghentam bangunan kedai terbabit .

Sumber bomba berkata , terdapat tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas dan dua wanita berusia 40 - an cedera ringan dalam kejadian itu dan diberi rawatan segera oleh ambulans yang tiba .

Sementara itu , pemilik kedai berkenaan , Lim Ho Peng , 66 , berkata , ketika kejadian kedainya telah tutup daripada beroperasi .

Dia yang berada di bangunan bersebelahan terdengar bunyi dentuman yang amat kuat dari arah kedainya .

" Kedai sudah tutup dari jam 5.30 petang , tapi saya belum balik dan terdengar bunyi dentuman kuat .

" Bila saya tengok rupa - rupanya sebuah bas menghentam kedai . Banyak alat jentera untuk jualan dan pameran rosak , dirempuh bas termasuk dihempap ​​batu dinding kedai , " katanya .

Difahamkan peralatan pam air dan alat - alat jentera yang musnah bernilai RM500 hingga RM50 , 000 setiap satu namun jumlah kerugian belum dikenal pasti .sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers