Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kg Tabisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda yang bakal berlaku hujung tahun ini.
Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan Tamban.
Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini telah berlaku sejak tiga tahun dulu.
"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," jelasnya.
Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.
Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu ataupun ke daerah lain.
Ikan Tamban memang terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut.sumber
Kalau ikan dah banyak sangat mcm ni dah naik takut dan geli la pula
ReplyDelete