Friday, 27 December 2013

Filled Under:

Pengawal Keselamatan Hotel Mewah di Bali Maut Dililit Ular Sawa

Gambar Hiasan

Seorang pengawal keselamatan hotel di kawasan pelancongan Langkawi , Bali , maut setelah dililit ular sawa . Hingga kini , ular liar itu masih berkeliaran sehingga dikhuatiri mengancam keselamatan pelancong .


Mangsa diketahui bernama Ambar Arianto Mulyo ( 59 ) ,pengawal keselamatan Hotel Bali Hyatt Sanur . " Jenazah mangsa dibawa ke hospital Sanglah , " kata Kanit Reskrim Polsek Denpasar Selatan AKP Gusti Ngurah Yudistira , Jumaat ( 27 / 12 ) .

Musibah itu bermula saat Arianto bersama keselamatan lain melihat ular Sawa sepanjang 4 meter menyeberang jalan dan masuk ke kawasan hotel yang berada di Jalan Danau Tamblingan, Sanur, Denpasar  , Khamis ( 26 / 12 ) .

Selepas berjaya ditangkap , mangsa lantas memegang kepala ular sebesar botol minum air mineral itu dengan tangan kanan , sedangkan tangan kirinya memegang bahagian ekor ular .

Tanpa disangka , ular Sawa itu berjaya melepaskan diri  dan terus melilit leher mangsa . " Mangsa sempat cuba melepaskan lilitan ular itu tetapi gagal , " ujar Yudistira .

Akibat lilitan ular itu , mangsa kehabisan nafas dan maut di lokasi kejadian . " Rakan - rakan mangsa tidak berani menolong saat itu kerana ketakutan , " terang Yudistira .

Dia meminta warga dan pelancong di sekitar lokasi kejadian waspada mengingat ular Sawa itu hingga kini belum tertangkap . " Kami masih mencari kehadiran ular itu , " pungkas Yudistira .sumber:dailymail.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers