Wednesday, 25 December 2013

Filled Under:

Robot Haiwan Marin Dicipta Untuk Skodeng


Sebanyak 13 buah robot pelbagai spesies hidupan marin dibina untuk merakam flora dan fauna di lautan , lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Antara robot marin itu termasuk daripada spesies ikan lumba-lumba, cengkerang dan penyu.

Robot-robot itu yang turut dilengkapi kamera definisi tinggi dicipta oleh seorang pengarah filem, John Downer untuk sebuah filem dokumentari.

Pengarah berkenaan pernah pelbagai anugerah menerusi siri dokumentari Dolphins: Spy in the Pod'.



 Jom layan video menarik ini:




Robot hidupan laut itu berjaya merakamkan beberapa adegan yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti detik seekor ikan lumba-lumba melahirkan anak, pergaduhan ikan pari dan aksi kawanan ikan berebut makanan.

"Robot-robot pengintip ini terpaksa bersaing dengan hidupan sebenar yang bergerak dengan lebih pantas," katanya.

Penerbit siri dokumentari itu yang juga seorang ahli zoologi, Rob Pilley memberitahu, setiap robot itu mempunyai satu fungsi tertentu untuk melakukan rakaman melibatkan kedalaman yang berbeza. -kosmo











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers