Demi untuk berhenti merokok , Ibrahim Yucel , seorang perokok tegar dari Kutahya , Turki , memutuskan untuk memakai sangkar burung di kepala yang diperbuat daripada logam . Hal itu dilakukannya guna melawan ketagihan pada tembakau . Berhenti merokok bukan perkara mudah yang boleh dilakukan oleh setiap orang .
Tidak jarang , mereka yang sudah berusaha keras untuk berhenti merokok akhirnya terjerumus kembali . Oleh itu , Ibrahim bertekad untuk melawan ketagihan dengan memakai sangkar logam yang terkunci rapat.
Ibrahim telah merokok selama 26 tahun walaupun dirinya sudah berkali - kali cuba untuk berhenti , dia tidak boleh melakukannya . Setiap tahun , pada harijadi anaknya dan pada ulang tahun perkahwinannya , dia akan berusaha untuk berhenti merokok .
Namun , Ibrahim hanya melakukannya selama beberapa hari . Keluarga , rakan-rakan dan rakan setugas Ibrahim cuba meyakinkannya untuk berhenti merokok , tetapi dia tidak pernah boleh melakukannya .
Kini , keinginan Ibrahim untuk berhenti merokok muncul lagi selepas ayahnya yang juga perokok tegar meninggal kerana kanser paru - paru beberapa bulan yang lalu . Dia tidak hanya takut mati , tetapi juga takut kehilangan anak dan isterinya .
Untuk melaksanakan niatnya , lelaki yang bekerja sebagai juruteknik ini menggunakan cara yang luar biasa . Terinspirasi oleh topi keledar motosikal , Ibrahim memutuskan untuk membuat sebuah sangkar burung dari dawai logam yang akan menghalangnya untuk merokok . Ibrahim kemudian pergi ke beberapa tukang besi dengan idea di kepalanya itu . Tetapi mereka menolak untuk membantu dia , sehingga dia terpaksa membuat sangkar itu sendiri .
Ibrahim memastikan bahawa tutup kepalanya mempunyai jaring yang begitu rapat sehingga dia tidak boleh menyelipkan sebatang rokok pun ke dalamnya . Dia juga menambah dua mekanisme untuk alat tersebut sehingga dia tidak benar - benar boleh membukanya . Dia memberikan salah satu kunci kepada isterinya , Kawthar , dan yang lain untuk anak perempuannya yang berusia 14 tahun , Ayse . Cara ini membuatnya tidak mungkin merokok lagi .
Setakat ini , tutup kepala unik tersebut telah membantu Ibrahim untuk mengawalnya merokok selama empat hari . Demi melawan ketagihan terhadap nikotin , Ibrahim tidak hanya menghadapi godaan untuk merokok di tempat kerja , tetapi juga harus menahan malu kerana memakai tutup kepala aneh itu di depan orang ramai . Tetapi , Ibrahim rela untuk melalui semua itu , jika dia akhirnya boleh berhenti merokok untuk selama - lamanya .
Apa yang dilakukan Ibrahim telah menjadi inspirasi bagi mereka yang telah berkali - kali cuba untuk berhenti merokok tetapi gagal . Jangan menyerah dan cuba lagi ! Sokongan keluarga dan rakan - rakan anda boleh menjadi semangat untuk terus berjuang melawan ketagihan nikotin .
0 comments:
Post a Comment