Friday 3 January 2014

Filled Under:

Keanehan Batu Bersaiz Raksasa Yang Tidak Bergolek Diatas Tanah Condong



Sebuah batu besar menarik perhatian para pelancong yang berkunjung di Mahabalipuram , India . Keanehannya adalah batu tersebut dapat berdiri tegak dengan kedudukan yang seharusnya membuatnya terjatuh bergolek .

Batu itu dikenali dengan nama Butterball Krishna dengan diameter 5 m . Kedudukannya bertenggek selesa di tanah condong yang gersang tanpa tumbuhan , seolah - olah melawan hukum fizik . Menurut mitos masyarakat Hindu kedudukan itu dikaitkan legenda Dewa Krishna yang berusaha mencuri mentega dari dalam balang milik ibunya .

Kedudukan batu yang aneh itu lantas jadi popular di kalangan pelancong yang berkunjung di
Mahabalipuram . Bayangan yang dihasilkan batu itu sering digunakan untuk berteduh meskipun bahaya menanti jika batu tersebut   jatuh di atas kepala . KAnak - Kanak juga kerap menggunakan tanah condong itu untuk main gelongsor kerana tektsur tahah tersebut  halus .

Mahabalipuram merupakan bandar kuno bersejarah yang digunakan pedangan pada zaman dulu berlabuh saat menuju Asia Tenggara . Namun kini bandar tersebut  hanya sebagai pelancongan di sekitar Chennai yang menawarkan tapak kuil , gua atau batu pahat . Mahabalipuram juga sudah ditetapkan sebagai Warisan Dunia UNESCO .













0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers