Sunday 19 January 2014

Filled Under:

Lelaki Ini Bunuh Diri Secara Terhormat.Video


Seorang rakyat Switzerland membunuh diri dibantu dengan teknologi perubatan atau euthanasia. Disaksikan sendiri keluarganya, ia minum  ubat untuk membunuh diri  di sebuah klinik di Switzerland. Proses  kematian itu,  disiarkan televisyen BBC, menjadi kontroversi.

Nama lelaki itu ialah peter Smedley berusia 71 mengalami  sakit kronik yang tidak mungkin dapat disembuhkan lagi. Pemilik hotel ini  memutuskan untuk mengakhiri penderitaan itu dengan cara meminum ubat membawa maut.

Niatnya itu boleh terlaksana kerana di negaranya, Switzerland, euthanasia tidak dilarang. Beliau meminta doktor di sebuah klik bernama Dignitas memberikan ubat  barbituates yang boleh memebunuh secara senyap tanpa menyakitkan.


Peter Smedley mengizinkan kepada  pengacara Terry Pratchett Choosing To Die, untuk merakam detik-detik terakhirnya ketika minum racun. Kejadian ini berlaku sebelum Krismas tahun lalu.

BBC menayangkan adegan(13/6/11) itu disakasikan oleh doktor dari klinik
Dignitas . Sebagai perpisahan terakhir, si isteri Christine (40) mencium suaminya dan berkata, "Kuatlah sayang".

Christine pun kelihatan tenang saat Smedley minum ubat itu, namun ia tetap berada di samping suaminya itu. Kelihatan pesakit dengan yakin meminum ubat yang sudah disediakan doktor. Dan dalam masa beberapa saat, ia meninggal di atas kerusinya.

Selepas tayangan itu, topik ini hangat ini muncul di Twitter, media sosial lain serta media cetak mengelarkan BBC sebagai 'cheerleaders' euthanasia ..



Jom saksikan  video berikut:









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers