Wednesday 29 January 2014

Filled Under:

Ngeri- Lelaki Ini Makan Daging Mentah Selama 5 Tahun.Video


Lima tahun adalah waktu yang lama jika  hanya memakan daging mentah saja setiap hari . Tetapi inilah yang dialami oleh lelaki dari Kentucky , Derek Nance .

Perut Derek terbukti mengalami gangguan masalah kesihatan . Alahan yang dialaminya ini membuatnya tidak boleh memakan apa - apa.Doktor menyuruhnya untuk cuba program diet .Kemudian cuba pelbagai macam diet , sampai menjadi seorang vegetarian . Tetapi alerginya tidak  sembuh juga  . Akhirnya ia mencari makanan yang boleh menyembuhkannya . Makanan itu adalah daging mentah .

Selama mencari makanan yang sesuai untuknya , ia bertemu dengan seorang lelaki yang mengalami masalah yang sama dengannya . Penyelesaian makan daging mentah ini ternyata dijumpai oleh seorang doktor gigi bernama Weston Price pada tahun 1930 - an yang berminat dengan makanan mentah .

Menurutnya , manusia pada zaman primitif memakan makanan mentah setiap hari . Para manusia primitif itu terbukti sihat kerana makan makanan mentah  .

Kerana sudah tidak tahu lagi akan memakan apa , ia pun akhirnya memutuskan untuk cuba memakan daging mentah . Daging mentah pertama yang ia makan adalah daging salah satu kambingnya yang menjadi haiwan pemerah susu .

Ia hanya memakan daging mentah , tendon , organ - organ tubuh haiwan , dan lemaknya . Pada awalnya ia mengalami cirit - birit , namun , lama - lama ia pun terbiasa . Lama kelamaan  ia mula mencintai kebiasaannya ini .

Selepas memulakan makan makanan mentah , ia sedar bahawa penghadaman menjadi buruk . Kerana itu , ia pun memakan daging busuk sebagai probiotik semula jadi . Ia juga memberus giginya dengan lemak haiwan .

Ia juga sedar bahawa gaya hidupnya ini aneh , namun apa boleh buat , keluarga dan rakanya pun menyokong pilihannya . Aktivitinya pun mula bertambah . Ia lantas tidak rasa segan untuk memberitahu  bagaimana caranya memecah tengkorak haiwan , memakan otaknya  .

Uniknya lagi , ia mempunyai seorang kekasih yang tenyata seorang vegetarian . Walau berbeza ' keyakinan ' kekasihnya yang bernama Joanne itu mengerti akan keadaan Derek .






Jom saksikan video berikut:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers