Saturday 18 January 2014

Filled Under:

Pelik- Tunda Keranda Guna Bot Laju Berkuasa Tinggi.

SEBUAH bot yang mengandungi keranda Bloss ditarik sebuah kenderaan ke sebuah kawasan perkuburan di Manchester, Pennsylvania pada Rabu lalu.


GUNUNG WOLF, Pennsylvania - Keranda yang mengandungi mayat seorang lelaki yang meminati aktiviti lasak, Ronald Bloss Sr. diletakkan di atas sebuah bot yang ditarik sebuah kenderaan ke sebuah kawasan perkuburan di sini.

Kenderaan yang menarik bot mengandungi keranda tersebut dipandu oleh salah seorang daripada lima anak lelaki Bloss pada Rabu lalu.

Bloss yang tinggal di sini meminati aktiviti lasak seperti memburu, menangkap ikan dan menghabiskan masa berada di tepi sungai.

Dia juga mempunyai beberapa buah bot.

Pengarah Rumah Pengebumian Diehl, Michael Gladfelter berkata, beberapa anggota keluarga Bloss kemudian mendapat idea untuk menggunakan sebuah bot miliknya bagi membawa kerandanya ke kawasan perkuburan.

Bloss yang berusia 78 tahun merupakan bekas anggota tentera laut Amerika Syarikat.

Dia meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Punca kematian tidak didedahkan. -Kosmo







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers