Saturday 8 February 2014

Filled Under:

Snorkel Unik Menyerupai Topeng Yang Sangat Cool


Untuk menyelam di permukaan air cetek seseorang memerlukan snorkel untuk bernafas. Snorkel itu biasanya berbentuk kaca mata kalis air dan paip ke atas untuk bernafas. Namun kini ada snorkel unik yang bentuknya topeng. Ya, snorkel itu berbentuk seperti topeng yang menutup seluruh wajah, tidak hanya bahagian mata dan hidung.


 Jadi dengan snorkel ini penggunanya tidak perlu bernafas dari mulut melainkan secara normal menggunakan hidung. Dinamakan Easybreath, snorkel ini menggunakan sistem double air untuk menghalau buangan pernafasan sehingga topeng tidak akan beruap. Gas buangan pernafasan itu nantinya dialirkan ke luar melalui paip yang ada di atas kepala. Penggunannya pun harus menjaga paip itu berada di atas permukaan air.

 Namun jika tenggelam sepenuhnya maka tidak perlu bimbang kerana ada kalep yang automatik menutup mencegah air masuk. Syarikat berasal dari Perancis yang menghasilkan snorkel ini juga mendakwa Easybreath memberi pandangan lebih luas. 

Kerana seluruhnya kaca maka pengguna tidak terhalang penglihatannya seperti memakai yang tradisional. Triboard akan memasarkannya akhir tahun ini dalam pilihan warna biru, ungu, hijau, merah dan putih.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers