Tidak ada yang menyangka bahawa peralatan dapur seperti sudu , garpu dan pisau ternyata boleh ditukar menjadi karya seni . Ya , seniman berasal dari Amerika Syarikat ini memanfaatkan bahan asas alat dapur untuk membuat beberapa patung haiwan .
Lelaki bernama Gary Hovey ini mengaku bahawa ia mula mendapat idea untuk memanfaatkan perkakas dapur menjadi patung sejak 25 tahun yang lalu . Ketika itu , ia melihat sebuah patung kuda yang dibuat dari bumper kereta karya seniman John Kearney . Sejak saat itu ia bertekad untuk belajar menguasai kemahiran logam dengan bekerja di industri besi .
Gary memulakan seni membuat patung dari sudu dan garpu pada tahun 2004 lalu . Ia mengaku menghabiskan 200 sudu dan garpu untuk membuat satu patung . Adapun jenis - jenis patungnya kebanyakan mempunyai tema haiwan semua seperti burung , gorila hingga naga .
" Tujuan terbesarku adalah masyarakat menilai patung haiwanku dari penampilan bentuknya , " kata Gary . " Kemudian apabila dilihat lebih dekat , mereka akan terkejut mengetahui patung tersebut dibuat dari sudu , garpu dan pisau . Hal ini membawa kesenangan bagiku . "
0 comments:
Post a Comment