Saturday, 8 March 2014

Filled Under:

Wanita Ini Mampu Melukis di Tubuhnya Seolah-olah Mencacah Tatu.

Kulit wanita biasanya  sangat sensitif terhadap pelbagai calar. Namun wanita ini boleh menggambar pelbagai macam corak atau tulisan hanya dengan menggoreskan sudu ke permukaan kulitnya. Wanita bernama Sarah Beal ini mengaku mempunyai kelainan bernama Dermatographia dimana ia boleh menggambar pelbagai tulisan atau lakaran di kulitnya dengan menggunakan sudu.

 Menariknya tulisan tersebut boleh membengkak sehingga mewujudkan kesan timbul pada kulitnya. Tidak hanya itu saja, tulisan tersebut juga boleh menghilang secara misteri dalam masa 1 jam selepas dilukis. Sarah mendedahkan bahawa kelainannya tersebut sudah menyerangnya sejak 3 tahun yang lalu. Gejala awal yang ditimbulkan adalah kulit sensitif dan gatal yang luar biasa. 

Namun ketika digaru ada sesuatu yang menarik di kulitnya yakni kesan timbul seperti pola atau lakaran tatto. "Aku mengambil sudu dari dapur dan mula menggambar hati di lengan saya," cerita Sarah. "Ketika aku melihat gambar hati muncul di kulitku, aku suka. Aku lalu memuat naiknya di Facebook dan teman-temanku memuji sebagai sebuah karya yang menarik." Meskipun begitu, kelainan Dermatographia ternyata membuat Sarah menderita. Beberapa calar kecil boleh membuat kulit wanita berumur 43 tahun ini menjadi bengkak dan panas.

 Bengkak ini disebabkan oleh pelepasan histamin dari sel-sel kulit sehingga membuatnya gatal-gatal dan menimbulkan warna merah. "Pakaian dan selimut kadang boleh berubah menjadi seperti jarum-jarum yang menusuk kulitku," katanya lagi. "Perhiasan yang melekat di leherku juga memberi kesan yang menyakitkan. Meskipun begitu aku senang dengan kemampuan menggambar di kulitku kerana itu adalah hal yang sedikit unik dan berbeza."
 










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers