Monday, 28 April 2014

Filled Under:

Hutan Misteri Kubur Pelbagai Kereta Mewah Zaman Perang Dunia II .


Sekilas pandang di hutan ini anda hanya akan mencari rimbunan pokok tinggi berselimut kabus . Namun ketika kaki melangkah , anda akan disajikan dengan objek menarik ini . Hamparan kubur besi buruk . Bukan kubur manusia tapi kubur kereta mewah  zaman Perang Dunia II .

Ya , hutan kecil di Chatillon , Belgium ini merupakan tempat " peristirahatan terakhir " bagi kereta - kereta tentera Amerika pada zaman ketika itu . Mereka sengaja meletakkan kereta-kereta dengan rapi di sini . Hutan ini pun banyak diburu para pelancong yang menggemari kereta kuno .

Majoriti kereta antik ini merupakan produk berprestij keluaran Jerman , Volkswagen . Beberapa jenama yang juga " tidur lena " di hutan ini adalah Opel , Audi , Ford , dan Buick .

Alasan para pegawai tentera meninggalkan kereta - kereta mewahnya saat itu cukup masuk akal , kos penghantaran kereta dari Belgium ke Amerika Syarikat  sangat mahal . Dengan alasan itulah , semua perwira memutuskan untuk meninggalkan semua kereta - kereta mereka hingga berkarat .


Sebelum kembali ke kampung halaman , mereka perlu menyimpan kereta - kereta tersebut di tempat yang selamat . Satu per satu , kereta di parking menuruni bukit , diletakkan rapi , dan pastinya tersembunyi dari dunia luar .

Seperti dilansir dari Amusingplanet , ada sektiar 500 kereta yang " dikebumikan " di tempat ini . Mengikut masa , kereta ini mengalami hakisan dan kerosakan , bahkan tertutup lumut yang tumbuh subur kerana udara sejuk . Tidak sedikit pun juga kereta yang kehilangan bahagian tubuhnya , kerana diambil oleh para pemburu kereta antik .

















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers