Tuesday, 20 May 2014

Filled Under:

Kelab Malam Khas Untuk Kanak-kanak di New York.

Fuzipop adalah sebuah kelab malam  di New York yang dibuka khusus untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Kelab yang terletak di Manhattan itu mengadakan pesta selama 3 jam berlangsung satu kali dalam sebulan dan tidak dilakukan di malam hari.

 Kos kemasukan adalah US $ 20 untuk orang tua dan kanak-kanak atau US $ 60  untuk sekeluargga yang terdiri daripada 4 orang. Fuzipop adalah perniagaan milik pasangan suami isteri DJ, Jesse Sprague dan Jenny Song. Idea kelab itu muncul ketika mereka mempunyai anak pertama, dan mereka mengadakan pesta di kelab yang dihadiri teman-teman yang datang dengan anaknya.
 

Kerana Fuzipop dikhususkan untuk kanak - kanak , mereka juga menghadirkan DJ Kai ( 9 tahun ) yang sudah mempunyai lagu sendiri di iTunes . DJ Kai mahir mengolah muzik pesta bersama kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang baru lulus dari sekolah DJ kanak-kanak kecil di Brooklyn , DJ Tiger . Reporter CNN yang membuat liputan tentang pesta menggambarkan keseronokan pesta yang mengandungi kanak - kanak tersebut . Para ibubapa dibiarkan minum alkohol sambil menunggu anak mereka.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers