Syarikat yang berpusat di Jepun, Hitachi telah mencipta lif yang boleh mencapai kelajuan 72km/jam. Lif ini akan menjadi sebahagian daripada bangunan pencakar langit yang dibina di Guangzhou, China.
Menurut laporan rocketnews24, lif itu akan dipasang di Guangzhou CTF Financial Centre yang dijadualkan akan selesai dibina pada tahun 2016. Dengan lif ini, perjalanan dari tingkat bawah sampai tingkat ke-95 dapat ditempuh hanya dalam masa 43 saat.
Bangunan Guangzhou CTF Financial Centre sendiri dirancang akan mencapai ketinggian 530 meter dan mempunyai 111 tingkat yang akan disokong oleh ratusan lif. Sedangkan kelajuan lif di dunia saat ini mencapai hampir 60.6 km / jam.
Monday, 19 May 2014
Filled Under:
Dunia Tidak Masuk Akal
Lif Hitachi Terpantas Didunia Dengan Kelajuan 72km/jam.
Posted By:
zamri spoon
on 08:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment