Wednesday 25 June 2014

Filled Under:

Pelik Wanita Ini Makan Batu Sebanyak 1.3 kg Seminggu.


Semua Wanita meyakini bahawa makan coklat boleh menenangkan hati dan fikiran. Tetapi tidak dengan wanita yang satu ini. Teresa Widener, Wanita berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat ini memakan batu untuk menenangkan perasaannya.

Teresa mengaku, dalam seminggu dia boleh menghabiskan batu seberat 1.3 kg. Wanita 45 tahun ini telah menelan 1360 kg sepanjang hidupnya. Menurutnya, semakin sering dia merasa gelisah semakin sering dia akan memakan batu.

"Lebih dari 20 tahun, aku telah memakan sekitar 1.3 kg dalam seminggu. Jumlah tersebut tidak menentu bergantung keadaan perasaanku. Jika aku merasa sedih dan gelisah, aku akan makan lebih banyak batu dari biasanya, kerana ini boleh membuatku lebih tenang," ungkap Teresa, seperti disiar Dailymail.

Sebelum makan batu, Teresa akan memecahkannya dengan penukul besi dan memilihnya terlebih dahulu. Kemudian, dia memakannya perlahan-lahan dengan gigi sebelah kiri. Menurutnya, gigi di sisi kiri lebih kuat dari gigi lain.

Teresa pun mengaku tidak pernah mengalami masalah perubatan akibat dari kebiasaannya itu. Hanya saja, terkadang perutnya sakit dan jarang buang air besar.









1 comments:

Nuffnang Ads

Followers