Wednesday 23 July 2014

Filled Under:

6 Kedudukan Rumah Yang Paling Ekstrem di Dunia.



Dalam mendirikan rumah atau tempat tinggal, pasti faktor yang paling dipertimbangkan adalah lokasi. Kebanyakan orang akan mencari tempat yang aman dan selesa untuk mendirikan tempat tinggal. Akan tetapi berbeza dengan beberapa tempat tinggal dibawah ini. Kediaman ini memilih lokasi yang ganjil dan selesa untuk di huni.


 Kediaman tersebut diantaranya adalah seperti berikut ini.

1 Matterhorn, Switzerland 
Switzerland Alpine Club membina 'tempat menyepi' ini di ketinggian 4.003 meter. Benar-benar di bibir jurang yang salji. Bagaimana cara mencapai tempat tersebut? Masih menjadi soalan. Belum lagi ancaman runtuhan glasier.
  

2 Hermitage of San Colmbano di Leo Valley, Itali
Satu lagi rumah yang dibina tepat di dinding tebing. Bezanya, yang satu ini tanpa salji. Lokasi di Passo Pian delle Fugazze, Itali. Uniknya, rumah ini ternyata sudah berdiri sejak tahun 1319!

3 ElliĆ°aey, Vestmannaeyjar, Iceland
Rumah ini tinggal sendirian di sebuah dataran hijau, berhampiran tebing yang bersempadan langsung dengan laut. Lokasi di Vestmannaeyjar, Iceland.


4 Canada Saint Lawrence River
Rasanya rumah-rumah di pinggir Ciliwung belum ada apa-apanya dibanding rumah ini. Terpinggir tanpa jiran, hanya ada air di sekelilingnya. Khabarnya, kalau air sedang rendah, barulah sang penghuni boleh mengeluarkan kerusi untuk berjemur. Tapi bagaimana kalau musim hujan tiba?

5 The Holy Trinity Monastery, Yunani
Bagi para sami memang mereka merasa tenang dan damai untuk menyepi. alhasil, inilah dia kompleks biara di Yunani yang sudah ada sejak tahun 1476. Tempat ini dibina di atas gunung batu dengan ketinggian 400 meter. Dulu para sami harus menggunakan tali-tali untuk memanjat ke biara ini.


6 Katskhi Pillar
Kompleks biara di Yunani punya saingan. Yang satu ini adanya di Georgia, dan milik salah seorang sami Georgia yang sudah tinggal selama 20 tahun terakhir. Tempat ini khabarnya sudah ada sejak abad ke-7. Kerana rumah ini didiami oleh sami-sami, automatik wanita dilarang memanjat.





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers