Friday 11 July 2014

Filled Under:

Video Ngeri Saat Jambatan Menghempap Kenderaan di Brazil.


Dua maut, manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah jambatan yang dalam pembinaan runtuh di Belo Horizonte, Brazil sebelum menghempap beberapa kenderaan yang lalu di bawahnya termasuk sebuah bas.

Ia dilaporkan oleh jabatan kesihatan wilayah Minas Gerais negara itu.

Menurut bomba, 13 yang lain berjaya diselamatkan namun pemandu wanita bas berkenaan menemui ajal di tempat kejadian.

Runtuhan berlaku di kawasan pembinaan infrastruktur untuk temasya Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung dimana Brazil menjadi tuan rumah.

Jambatan berkenaan terletak kira-kira lima kilometer dari Stadium Mineirao antara venue perlawanan Piala Dunia.

Sehingga kini, tiada laporan berkenaan penglibatan pelancong dalam insiden itu.

Projek berkenaan sepatutnya siap sebelum kejohanan piala dunia bermula tetapi telah tergendala.


Seorang saksi, Renata Soares memaklumkan kepada GloboNews TV bahawa kejadian itu amat mengejutkan orang ramai.

“Kami melakukan perjalanan seperti biasa dan tiba-tiba berlaku kekecohan dan bunyi bising yang luar biasa.

“Saya pasti terdapat ramai lagi di dalam kereta lain yang dihempap runtuhan jambatan itu,” katanya.





Pada awal Jun lalu, seorang pekerja binaan terbunuh selepas tiang konkrit bagi projek pembinaan monorel Sao Paulo runtuh.

Dan berikut adalah klip video berkaitan tragedi yang memalukan Piala Dunia Brazil 2014.






2 comments:

Nuffnang Ads

Followers