Friday, 29 August 2014
Filled Under:
berita luar negara
Misteri Penemuan Puluhan Mayat Dibalut Plastik di Tasik Rweru.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Burundi-.Ada misteri dari penemuan puluhan mayat dibalut plastik yang dibuang di tasik di sempadan antara Burundi dan Rwanda. Kedua negara menyatakan puluhan mayat itu bukan rakyat negara mereka.
Nelayan di Burundi mengatakan telah menemui 40 mayat terapung di Tasik Rweru sejak Julai 2014 .Mayat-mayat tersebut ditemui dengan keadaan tangan dan kaki terikat. Namun, jurucakap kerajaan tempatan berkata jumlah tersebut boleh jadi bertambah. Setakat ini tidak ada petunjuk tentang motif atas pembunuhan itu dan identiti mangsa. Edouard Nduwimana, Menteri Burundi Dalam Negeri, yang dipetik oleh AFP, mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan terikat.
Selama seminggu terakhir, lima mayat dalam keadaan itu ditemui, berdasarkan kenyataan pejabat daerah. Pada Isnin (25/8/2014), pihak polis dari Burundi dan Rwanda, mencari lagi tiga mayat, termasuk dua mayat yang diletak di dalam beg besar.
Nduwimana mengatakan pernyataan para nelayan bahawa mayat-mayat itu hanyut ke tasik dari Sungai Akagera yang berhilir di Rwanda, tetap belum dapat mengesahkan asal-usul mayat-mayat itu.
"Perlu disiasat untuk mengesahkan sama ada jasad-jasad ini berasal dari Rwanda atau dari Burundi," kata Nduwimana. Pemerintah daerah setempat menyatakan para korban tidak berasal dari Burundi.
Namun, pada hari Selasa (26/8/2014), pihak polis Rwanda juga juga menafikan mangsa berasal dari negara mereka. "Kami boleh mengesahkan bahawa tidak ada orang Rwanda yang hilang di antara mayat-mayat itu," kata Theos Badege, pesuruhjaya di jabatan siasatan jenayah polis Rwanda.
Presiden Rwanda Paul Kagame menduga mayat-mayat ini merupakan mangasa pembunuhan atau kehilangan ahli politik di negara jirannya. Ketenggan politik di Burundi memang sedang meninggi, menjelang pilihan raya pada tahun depan.
Sementara itu, pembunuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1994 juga telah "menghantar" sejumlah mayat mangsa ke Sungai Akagera. Dalam beberapa tahun terakhir, pembunuhan melibatkan politik di Burundi juga menjadikan sungai di negara tersebut sebagai "tempat pembuangan" mayat mangsa.www.The Guardian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment