Wednesday, 3 September 2014

Filled Under:

Infiernillo, Jambatan Keretapi Paling Ekstrem di Peru.

Keindahan alam yang dipaparkan kepada kita  ialah jambatan Infiernillo yang bukan calang-calang. Jambatan yang berada di Peru ini menjadi objek kegemaran yang digemari oleh para pelancong dan jurugambar. Namun jambatan ini juga mempunyai cabaran tersendiri.

Infiernillo menjadi salah satu jambatan yang terkenal di Peru kerana ketinggiannya yang sangat ekstrem. Jambatan tersebut terletak di sepanjang bandar Lima hingga La Oroya yang berada di Peru bahagian tengah.

Masyarakat bahkan menyebut jambatan Infiernillo sebagai "Neraka Kecil", lantaran ketinggiannya yang mencapai 3 ribu meter di atas permukaan laut. Infiernillo merupakan jambatan sepanjang 62,78 meter dengan landasan kereta di atasnya.

Infiernillo membentang antara jurang sempit yang diapit dua terowong. Jambatan tersebut kemudian muncul dari tebing menegak dan melintasi terowong lain. Tempat di bawahnya, mengalir sungai Rio Rimac yang juga berdekatan dengan jalan raya utama "Carretera Central".

Jambatan Infiernillo dibina pada 1908 oleh "American Bridge Company". Terowong di kedua hujung memberikan kesan paling dramatik dan mengerikan dari jambatan tersebut.

Inilah Jambatan Infiernillo di Peru:

 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers