Kebiasaan wanita yang pelik ini seolah-olah tidak boleh diikuti. Taksubnya pada anjing membuat Wang Jing menikmati makan bulu anjing peliharaannya.
"Mereka manis seperti coklat. Aromanya juga enak saat ku makan," kata Wang yang mendakwa telah mengambil lebih dari seribu bulu anjing yang digulung menjadi bola-bola kecil. Wanita berasal dari Heilongjiang, China, ini bahkan telah memakannya sejak dua tahun yang lalu .
Kecintaannya pada anjing bermula ketika Wang mula menjaga anjing jenis poodle bernama "Kuku" sebagai haiwan kesayangan empat tahun lalu. Dia memanjakan "Kuku" dengan memberikan makanan anjing import, campuran hati babi dan nasi, ais krim bahkan buah-buahan kering.
Wang mula menyedari tabiat makan bulu anjing pada dua tahun lalu. Ia menyebutnya sebagai diet kerana tekanan kerja.
Suatu hari Wang mengumpulkan bulu "Kuku" yang dicukur dan menggulungnya. Ia kemudian memakannya kerana merasa tertekan. Tidak disangka, wanita berusia 27 tahun tersebut tiba-tiba mencintai "rasa" bulu anjing itu hingga akhirnya ketagih.
Sejak saat itu, Wang selalu menyimpan bulu anjing ketika dicukur. Ia memerah menjadi bola bulu dan memakannya saat lapar. Wang juga mendedahkan bahawa dia paling suka bulu "Kuku" yang gugur selepas mandi.
Sementara itu, Wang membeli pelbagai pakaian untuk haiwan peliharaan dan ingin menjadi ahli dalam gaya pakaian untuk anjing. Saat ini, ia juga sedang mempersiapkan untuk membuka bengkel pakaian anjing.
Wednesday, 3 September 2014
Filled Under:
Dunia Pelik
Wanita di China Ketagih Makan Seribu Bebola Bulu Anjing Peliharaannya
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment