Friday 31 October 2014

Filled Under:

Moguicheng, Bandar Berhantu Muncul di China Mengeluarkan Bunyi Yang Menyeramkan

 Sampai bila-bila pun misteri tentang bandar berhantu masih saja menarik untuk di bahas. Dan tentunya kali ini yang tidak lain dan tidak bukan ialah sebuah khabar berita yang menggemparkan tentang tempat yang ada di China. Di pantau dari namanya saja sudah cukup seram. Adalah Moguicheng, sebuah bandar yang begitu menyeramkan di China. Mugoicheng sendiri dapat dimaksudkan sebagai Bandar Iblis atau Bandar Setan. Apakah anda ingin tahu kenapa dinamakan Bandar Iblis?

Begini ceritanya, di daerah yang letaknya kurang lebih 10 kilometer dari bandar Xianjang ini memang penuh misteri. Ketika ini tidak ada lagi orang yang berani tinggal di situ. Misteri ini bermula apabila ada seseorang melalui bandar ini saat cuaca cerah dan disertai oleh hembusan angin, kemudian ia mendengar bunyi angin yang dimainkan lembut.

Anehnya, tidak hanya sampai di situ, sebab saat itu juga secara tiba-tiba cuaca akan terus berubah menjadi mendung dan awan gelap . Tidak dapat dibayangkan jika seandainya anda berada di lokasi semacam ini.

Jadi ketika cuaca drastik berubah, maka bunyi yang akan anda dengar pun akan ikut berubah seram. Dari yang awalnya bunyi angin nan lembut dan merdu, kemudian dengan tiba-tiba terus berubah menjadi suara haiwan disembelih, jeritan tangisan bayi, auman harimau, bahkan hingga jeritan wanita yang seakan disiksa sampai mati.

Para penduduk China mempercayai bahawa suara-suara tersebut muncul dari neraka di bawah bandar ini. Akan tetapi, para saintis menyangkal dengan mengatakan, boleh jadi itu hanya suara angin yang melewati rongga-rongga batu. Namun, hingga berita ini disebarkan masih belum ada penelitian lebih lanjut mengenai fenomena alam yang aneh ini.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers