Wednesday, 3 December 2014

Filled Under:

Itali Melarang Pelancong Tarik Beg Beroda.



Itali – Majlis Perbandaran Venice meluluskan satu peraturan baharu yang mengharamkan pelancong asing daripada menarik bagasi atau beg beroda di jalan raya kerana ia mengeluarkan bunyi yang terlalu bising.

Bermula pada tahun 2015, pelancong yang didapati melanggar peraturan baharu tersebut boleh dikenakan denda sehingga 500 euro (RM2,075).

Peraturan itu dikuatkuasakan selepas penduduk di bandar pelancongan popular itu mengadu beg beroda mengeluarkan bunyi yang sangat bising sehingga mengganggu mereka.

Kata pihak berkuasa, ramai penduduk mengadu bunyi bising yang dikeluarkan daripada kumpulan pelancong yang menarik beg beroda mereka di jalan raya antara faktor pencemaran bunyi di bandar berkenaan.

Ramai penduduk me­ngadu bunyi berkenaan terutama sekali pada waktu malam menyebabkan mereka terjaga daripada tidur.

Hanya beg atau bagasi yang mengunakan roda berisi angin dibenar untuk digunakan di bandar berkenaan yang dilawati hampir 20 juta pelancong pada setiap tahun kerana tidak mengeluarkan bunyi terlalu bising.

Bagaimanapun, peraturan tersebut hanya terpakai terhadap pelancong asing dan akan dikuatkuasakan pada Mei tahun depan. – Agensi




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers