Tuesday, 2 December 2014

Filled Under:

Laguna Colorada, Tasik Unik Berwarna Merah dan Putih.

 Bolivia mempunyai tasik dengan pemandangan yang sangat indah. Tidak hanya indah, namun tasik ini juga mempunyai keunikan tersendiri, iaitu terdiri daripada warna merah dan putih. Tasik tersebut adalah Laguna Colorada, atau disebut Tasik Merah.

Laguna Colorada merupakan tasik cetek yang mempunyai ketinggian 14 ribu kaki di barat daya Altiplano di Bolivia. Tasik ini mempunyai dua warna iaitu merah dan putih.

Warna merah yang ada di permukaan tasik berasal dari tumbuhan alga yang tumbuh di sekitar tasik. Alga tersebut menghasilkan pigmen yang berwarna merah. Sementara warna putih dan membentuk seperti pulau-pulau di atas permukaan merupakan hasil endapan boraks.

Laguna Colorada mempunyai luas hampir 15 ribu hektar. Tasik ini juga merupakan sebuah habitat bagi para spesies burung. Tiga daripada enam spesies flamingo di dunia, iaitu Chile, Andes dan James Flamingo, menjadikan tasik ini sebagai rumah mereka.

Pemandangan di sekitar Laguna Colorada adalah padang pasir dan mendapan garam. SeRingkali, suhu udara di sana pada waktu subuh di bawah titik beku namun cukup menghangatkan di saat musim panas.

 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers