Saturday, 6 December 2014

Filled Under:

Menakjubkan! Banggunan Berbentuk Silinder Ini Dibina Sebagai Sarang Burung Merpati .

Banggunanini  salah satu tarikan unik di Iran yang tidak akan membuat anda menyesal bila mengunjunginya. Nampak sebuah bangunan menara berbentuk silinder dengan seni bina menggagumkan. Dinding bahagian dalamnya dihiasi ribuan lubang kecil berbentuk kotak-kotak seolah tidak berkesudahan. Tentu membuat orang tertanya, bangunan apakah itu?

Disebut dengan "Pigeon Towers" (menara merpati), sebuah menara berbentuk silinder yang menjadi rumah bagi ribuan burung merpati. Dikutip dari laman Amusing Planet, menara ini diperbuat daripada batu bata tanah liat, plaster kapur dan gipsum dengan ketinggiannya sekitar 18 meter serta berdiameter sekitar 10-22 meter. Kapasitinya mampu menampung kurang lebih 14.000 ekor merpati.

Bentuknya seperti menara kerana banyak haiwan yang memakan merpati. Menara dibina sebagai benteng yang boleh melindungi merpati dari pemangsa. Saiz lubang pintu kemasukan cukup kecil yang hanya boleh dimasuki oleh merpati. Burung besar seperti helang, burung hantu, atau gagak tidak boleh masuk ke dalam.

Dahulu kala selama abad ke-16 dan ke-17 terutama pada era pemerintahan Safavid, orang-orang Iran mempunyai tradisi membina menara silinder besar yang berfungsi untuk memancing datangnya burung merpati dan menjadikannya sebagai sarangnya. Ribuan merpati itu bukan untuk diambil dagingnya, melainkan najisnya.

Mereka memanfaatkan najis merpati itu untuk dijadikan baja. Sehingga dapat membantu menyuburkan tanaman di ladang pertanian mereka, seperti tembikai, timun, dan sebagainya.Najis yang dikutip setiap tahun sekali itu dianggap sebagai baja terbaik untuk tanaman pertanian tersebut.

















1 comments:

Nuffnang Ads

Followers