Wednesday, 31 December 2014

Filled Under:

Ngeri! 10 Cedera Parah Yang Dialami Jackie Chan Dalam Pembikinan Filem.


  Jackie Chan ialah seorang  pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi, stuntman dan menguasai ilmu seni bela diri. Jackie Chan merupakan pelakon multi talent sekaligus mempunyai kerjaya yang mengagumkan.

Ia telah berlakon  hampir seratus filem sebagai pelakon. Dalam berlakon di filem-filemnya, tidak sedikit ia mengalami kecederaan, kerana ia tidak pernah menggunakan stuntman untuk menggantikan adegan-adegan berbahaya dalam setiap filemnya dan inilah 10 kecederaan yang dialami Jackie Chan atas tindakan yang menakjubkan.



1. Armour of God, Cedera tengkorak.
Ini merupakan kecederaan yang paling teruk yang dialami Jackie Chan. Dalam filem Armour of God (1987), masa adegan melompat dari dinding ke pokok. Salah satu cabang pokok patah dan
Jackie Chan jatuh di batu-batu yang ada di bawahnya. Hasilnya adalah tengkoraknya retak dan perkara itu hampir membunuhnya.

2. Police Story, Cedera Punggung.
Dalam filem "Police Story" di tahun 1985, senarai kecederaan yang dialami oleh Jackie Chan antara lain, Setiap minggu ia harus datang ke hospital di sebuah bandar kecil untuk luka yang dideritanya, seperti patah jari, cedera dalam pada lengan bawah, tangan terbakar kerana pintasan elektrik, kecederaan tulang punggul, patah tulang dan kecederaan paraplegia. Penyebab utamanya adalah melompat pagar elektrik dan meluncur ke atap kaca dan menembusi kaca tersebut.

3. Hard to Die, Cedera Kaki.
Awalnya, Jet Li harus mengambil peranan utama. Kerana ejennya tidak menginginkan filem tentang kejahatan yang terancang. Jadi, bintang utama harus dipikul Jackie Chan dengan ditandatangani dan diluluskan oleh pengeluaran Hong Kong. Dalam adegan tersebut, Jackie Chan berada di antara dua kenderaan yang bertembung. Hasilnya ia mengalami patah tulang yang teruk di kedua-dua kakinya.

4. The Super Fighter, Cedera Leher.
Sebuah adegan dari filem klasik 'Ironically Skyscraper', disesuaikan oleh Jackie Chan. Sebelumnya di tahun 1923, Harold Lloyd telah melakukan adegan ini dan  Jackie Chan melakukannya juga. Jadi, ia membiarkan dirinya jatuh dari atas menara. Ia melakukan adegan ini hingga tiga kali, kerana dua adegan sebelumnya dianggap tidak memuaskan. Hasilnya kepala Chan jatuh terlebih dahulu di tanah dan mengalami kecederaan serius di leher. Adegan tersebut hampir membuat lehernya patah.

5. City Hunter, Cedera lutut.
Kecederaan lutut sudah menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari dari pelakon yang tidak kenal rasa takut ini. Oleh kerana itu, ia mempunyai gaya berjalan yang luar biasa dalam perkara melompat. Menurut pengakuannya sendiri, ia mengalami kecederaan lutut yang paling parah saat pembuatan filem City Hunter di tahun 1993. Cederanya disebabkan semasa melakukan adegan kejar-mengejar menggunakan papan skateboard saat melihat Ryu Saeba (J. Chan) dikejar oleh sekumpulan pemuda. Selain itu, ia melakukan beberapa lompatan melalui tingkap ke jalan dan di atas kenderaan yang dipandu.



 6. Police Story 3, Cedera Bahu.
Dalam kisah Police Story 3 (1992), ia seharusnya mengelakkan helikopter yang terbang mendekatinya. Namun helikopter tersebut mengenai bahu kanan dari Jackie Chan. Chan mengalami koyak otot bahu dan tetap menggantung sampai diselamatkan oleh kru. Setahun kemudian, apabila penggambaran 'City Hunter' ia kembali tergelincir di bahagian bahu.

7. Rumble in the Bronx, Cedera Kaki.
Dalam filem ini, Jackie mengalami patah pada pergelangan kakinya semasa melompat dari jambatan hoverkraf. Dia tidak dibenarkan berjalan saat pergelangan kakinya terluka, tapi Jackie tidak mahu berhenti penggambaran dan akhirnya ia merancang kasut khusus untuk menutupi pergelangan kakinya yang patah dan menunjukkan kepada semua orang bahawa semuanya berjalan normal.

8. Young Master / Mr. Nice Guy, Cedera Hidung.
Hidung merupakan bahagian yang paling banyak ditumbuk ketika dua orang bergaduh. Pada tahun 1997, dalam filem 'Mr. Nice Guy ', ini merupakan saat-saat Jackie Chan mengalami kecederaan hidung.

9. Drunken Master, Cedera Mata.
Penglihatan Jackie Chan telah tiga kali berada dalam bahaya. Dalam 'Drunken Master' (1978) alisnya terluka dan ia hampir kehilangan matanya. Selanjutnya dalam filem 'Miracles' di tahun 1989, ia kembali mendapat pukulan di muka selama adegan pertarungan.

10. Dragon Lord, Cedera Dagu.
Filem ini diarahkan dan ditulis sendiri oleh Jackie Chan, tapi ia tidak dapat berbuat banyak seperti yang diharapkan. Seperti yang Jackie sebutkan dalam bukunya, I Am Jackie Chan: My Life in Action, ia menderita luka di dagu selama menjalani adegan di filem tersebut, yang membuatnya sukar untuk mengarahkan filem.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers