Seorang saintis di UKberjaya mengeluarkan cacing pita yang hidup di otak seorang lelaki yang bersarang selama empat tahun.
Cacing pita sepanjang 10 cm itu hidup sebagai parasit di otak kanan dan kiri lelaki berusia 50 tahun itu.
Lelaki yang identitinya dirahsiakan itu pada tahun 2008 pergi mendapatkan rawatan doktor. Dia mengeluh sakit kepala, kejang, kehilangan memori dan deria bau telah berubah. Selama empat tahun, lelaki itu melakukan ujian pelbagai penyakit, termasuk HIV dan sifilis.
Ini adalah pertama kalinya kes cacing pita atau Spirometra erinaceieuropaei menyerang penduduk di UK sejak tahun 1953. Cacing pita diduga berasal dari makanan yang dijangkiti dari sebuah tasik. Atau kemungkinan berasal dari katak mentah yang merupakan ubat untuk sakit mata khas China.
"Kami tidak berharap untuk melihat jangkitan semacam ini di UK, tapi perjalanan global parasit asing kadang-kadang muncul," kata Effrossyni Gkrania-Klotsas, pegawai Jabatan Pengendalian Penyakit dan Jangkitan.
"Kami sekarang boleh mendiagnosis sparganosis menggunakan scan MRI, namun hal ini tidak memberi kita maklumat yang kita perlukan untuk mengenalpasti spesies cacing pita yang tepat dan kerentanannya," katanya lagi.
"Kerja kami menunjukkan bahawa, walaupun dengan sampel klinikal kecil dari DNA, kita dapat mengetahui semua yang kita perlukan untuk mengenalpasti dan mencirikan parasit."
Belum ada penjelasan perubatan, bagaimana cacing pita itu boleh masuk sampai ke otak. "Cacing ini cukup misteri dan kita tidak tahu segala sesuatu tentang spesies apa yang boleh menjangkiti," tambah saintis lain, Dr Hayley Bannett kepada Guardian.

Gambar scan menunjukkan cacing pita hidup di otak lelaki UK selama empat tahun. | (Telegraph) |
makanya makanlah makanan steril melalui pemasakan
ReplyDelete