Thursday 18 December 2014

Filled Under:

Pelik! Willie Murphy Nenek Berusia 77 tahun Juara Angkat Berat.


Jika nenek berusia 70 tahun ke atas biasanya menikmati masa tuanya dengan berkebun atau bersiar-siar, maka tidak bagi Willie Murphy yang berusia 77. Dia lebih banyak menghabiskan masa di gym untuk latihan angkat berat.

Sebelum  ini Dia juga berjaya mengangkat berat dua kali beratnya sendiri atau sekitar 97 kg dalam kejohanan World Natural Powerlifting Federation (WNPF) Championships dan berjaya menjadi juara . Sebelumnya dia juga beberapa kali mendapatkan piala dari kejohanan sama.

Tanpa personal trainer, selama ini Willie selalu cuba sendiri peralatan kecergasan dan latihan angkat berat yang ada di gym

Setiap kali Willie memenangi suatu kejohanan, ia akan semakin bersemangat untuk latihan di gym. Kedatangannya di gym selalu membuat orang-orang yang datang terinspirasi untuk mahu berlatih lebih rajin dan lebih lama.

Willie mengaku sangat bangga boleh menjadi inspirasi banyak orang. "Umur saya sudah hampir 80 tahun dan masih mampu melakukan perkara yang mungkin tidak boleh dilakukan mereka yang masih muda," katanya.

Ia memang ingin menjadi contoh dan membuat orang-orang menjadi lebih aktif bersenam. Tidak perlu sampai ikut kejohanan angkat berat, cukup perbanyakan bergerak agar darah tetap mengalir lancar setiap hari, demikian mesej Willie.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers