Sunday, 14 December 2014
Filled Under:
Dunia Pelik
Tidak Mandi 5 Tahun, Bau Tubuh Lelaki Gemuk Seperti Bangkai.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Bomba di Bandar Nurtigen, Jerman sibuk dengan proses pemindahan seorang lelaki yang terperangkap di biliknya selama lima tahun lantaran terlalu gemuk.
Parahnya lagi, selama lima tahun lelaki dengan berat 158 kilogram itu tidak pernah mandi. Akibatnya, para ahli bomba harus memakai topeng khusus agar tidak pengsan kerana menghirup bau yang terlalu busuk.
Dalam bilik apartmen lelaki yang tidak disebutkan namanya itu juga dijumpai longgokan sampah. Seperti kotak pizza, makanan, dan minuman tin yang menambah aroma busuk bilik itu. Salah seorang ahli bomba bahkan menyebut bau lelaki itu sangat mematikan seperti bau dari neraka.
"Baunya seperti di neraka. Sampah terkumpul setinggi lutut, dari pizza yang sudah busuk, bekas makanan di mana-mana. Baunya sungguh busuk," kata salah satu ahli bomba.
Saat ditemui, lelaki itu mengalami masalah serius pada pernafasan. Dan untuk mengavakuasi, ahli bomba menggunakan kereta kren khas untuk memindahkan tubuhnya yang gemuk ke hospital terdekat.
Untuk menghilangkan bau yang melekat, ahli bomba menyembur air yang dicampur dengan disinfektan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment